
Temburong, Isnin 14 Zulkaedah 1430 bersamaan 02 November 2009, Majlis Penyerahan Kunci Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong. Majlis yang diadakan bertempat di Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong adalah bagi penyerahan kunci Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang disampaikan oleh Yang Mulia Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong kepada Yang Mulia Awang Ujan anak Muit, Ketua Kampung Amo. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah dan Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung berserta Pegawai dan Kakitangan Jabatan daerah Temburong. Bermula pada 01 November 2009 Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung akan diurus dan ditadbir oleh Majlis Perundingan Kampung Amo. Adalah diharapkan perkara ini akan menjadi contoh yang terbaik bagi Majlis Perundingan Kampung selain daripada memberikan peluang kepada Majlis Perundingan Kampung Amo untuk menjana ekonomi penduduk kampung mereka. Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Produk tersebut telah berlangsung pada 04 Oktober 2009 oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yussof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

